THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 19, 2010

Jam Digital


Kalender Islam

Sejarah ringkas asal usul Kedayan

Assalamualaikum wbrkth....

Disini aku hendak bercerita sedikit mengenai asal usul bangsa "Kedayan" ..mungkin aku tersilap fakta atau mungkin juga aku ni mengada2 kan cerita atau mungkin cerita ni hanya mitos sahaja.Apapun tanggapan aku terima demi memperjuangkan bangsa kedayan yang makin hilang cerita di sebaliknya..Apapun tegurlah aku bila salah ,kongsikanlah aku bila ku terlupa...
Ceritanya bermula bila ada suatu pertandingan yang telah diadakan di Kepulauan Jawa,Bentan(tidak pasti dimana tempatnya) .Sebelum kedatangan islam mungkin beratus tahun lamanya.Berbalik pada pertandingan tadi,iaitu pertandingan "Sabung Ayam"perkataan yang terkenal dikalangan masyarakat ialah "saung ayam" iaitu antara Raja di Jawa dan Raja di Negara Brunei .Pada ketika itu taruhan yang paling besar adalah ,apabila kalah bersabung,maka Negara yang kalah akan diambil .
Setelah acara hendak di mulakan,maka di keluarkanlah ayam sabung masing-masing.Ayam sabung kepunyaan Raja Jawa adalah paling besar dalam sejarah perlawanan,yang hanya mampu mengalahkan lawan dengan teknik telan terus.Ayam Raja Brunei nampaknya macam ayam Serama atau mungkin ayam biasa.
Apabila perlawanan dimulakan,seperti yang dijangkakan Ayam Raja Jawa menelan terus ayam Raja Brunei.Dan rakyat jelata Jawa riuh bersorak menandakan kemenangan.Tapi disebalik keriuhan tadi bertukar kekecewaan yang mana,ayam Raja Brunei adalah ayam sakti,boleh hidup dalam perut ayam Raja Jawa.Habis segala organ dalaman ayam Raja Jawa di patuk olehnya ayam Raja Brunei.
Apabila habis dimusnahkan organ dalaman ayam Raja Jawa,barulah ayam Raja Brunei keluar dari mulut ayam Raja Jawa.Dan akhir sekali ayam Raja Jawa jatuh terkulai serta ayam Raja Brunei naik di atas badan ayam Raja Jawa.
Akhirnya,Tanah di Jawa tergadai akibat dari kalah bersabung. Pada Zaman dahulu orang akan mengelar sesuatu bangsa mengikut apa sejarah penting yang berlaku untuk dijadikan teladan ,jadinya Raja di tanah Jawa ,telah di gelar bangsanya "gadaian" yang bermaksud gadai.Sebelum timbul gadaian ,hanyalah digelar "Bentan".Akan tetapi sesudah kalah ditambah "Gadaian Bentan".
Seperti kebiasaannya,perubahan masa berlaku begitu deras perkataan dulunya "gadaian" telah pun bertukar menjadi "Kedayan".
Disebabkan "Gadaian Bentan " tadi tiada tempat untuk tinggal,kerana tanah tergadai.Maka diarahkan Raja tadi membawa pengikutnya dan sebilangan kecil rakyatnya tinggal di Negara Brunei.Dan perubahan kecil lagi telah berlaku pada sebutan bangsa iaitu "kedayan bentan" bertukar menjadi "Kedayan Salar".
Perubahan arus permodenan pada ketika dulu,mungkin juga perubahan corak fikiran telah berlaku perubahan dari segi sebutan bangsa iaitu "Kadayan Salar" tadi telah menerima transformasi kepada "Kadayan" saja.Sehingga kini bangsa "kadayan" masih digunakan.